Jumaat, 20 April 2012
perbezaan suka, sayang dan cinta
Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.
Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "
SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.
Khamis, 19 April 2012
Cinta Abadi
Kehadiran cintamu
Menyinari hidupku
Kehangat cintamu
Mengubati sepiku
Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku
Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku
Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya
Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku
Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi
Menyinari hidupku
Kehangat cintamu
Mengubati sepiku
Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku
Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku
Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya
Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku
Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi
Isnin, 16 April 2012
♥ ORANG YANG MENYINTAI KAMU ♥
* 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Dia juga tidak mengharap cintanya di balas.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
* 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
* 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
* 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
* 5] Orang yang mencintai kamu akan menghantar SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
* 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar SMS.
* 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
* 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-katamu di sanubarinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya,
dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
* 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa gemaran kamu -
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi dia memaksa hatinya untuk menyukainya.
* 10] Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selesema,atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa menghantar SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu -
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
* 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
* 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
* 13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang berbual di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
* 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
* 15] Jika suatu masa kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
dan jauh di sudut dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar?'
* 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
* 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
* 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
* 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.
* 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun SMS itu kamu menghantarnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
* 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya..
* 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan. dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.
* 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...
Langgan:
Catatan (Atom)