Rabu, 25 September 2013

Terpana pada pandangan pertama

      hai CAHAYA.. hari ni aku nak bagitahu..ptg semalam abang datang tau. terkejut gileer sampai nak berdiri pun kaki terketaq2.. bukan sebab takut tapi gemuruhnye pasal.. senyum pon dah mcam nak kena hukuman je. abang siap tanye lagi.."kenapa senyum cam tu? ada salah kat mane2 ke?".. aku geleng kepala laju je.. abang tak tahu ke aku ni memang cepat gabra bile berdepan dgn dia camni.. hailaaa jantung oii,...jgnla berdegup kuat sangat. nanti abang dengar malula aku.
       macam mana abang boleh nak datang?.. aku pun tak tahu. abang siap menyamar jadi pelanggan lagi. aku mase tu tgh khusyuk tgk youtube pasal MAT YO dgn bininye tu.. tgh sedap2 taip, tetibe dengar suara tanya pasal jaket. aku kan malas nak layan kalau org lelaki. tapi kali ni bila aku jawab je..jantung aku dok degup kencang.. dlm hati dok kate la.."apahal ko ni jantung?..slalu kalu degup cam ni ade bende nk jadi.. baik ke buruk?.." aku tgk org tu..tetibe muke aku mak aaiiihhh...panas je rasenye.. trus aku amik laptop jadi alas hadang muke. malunye pasal. abang siap senyum2 buat tak kenal. abang tanye " kenal ke?".. aku geleng je padahal malu nye tak tau nak habaq mai..tapi mata ni dok curi2 tgk muka abang.. sape nak caye tu abang..pagi2 call kate turun laut 2 hari. alih2 ptg ade kat depan aku. mmg tak caye arr.. last2 abang kenalkan diri die. aku memang keje senyum je la. nk ckp tergagap2..dah mcm si aziz gagap dlm citer OVJ INDONESIA je. 
         abang dah tembam cikit. patutla mama die tegur..tapi xpe... aku tetap syg kat die sorg je. aku masih xdpt ckp dgn die lagi..maybe hari ni die nk rehat. yelah...mesti penat kejar ke tmpt keje die tu.. jauh tau.. aku pesan suruh bawak hati2 je lah.. ade ke die gtahu mlm tadi ter excident dgn kete polis.. nk mrh tapi bile tgk muke abang yang betul2 penat tu .. aku senyum pakse je la.. aku kata "knp xhati2 bang?..ade cedera kat mana2 x".. abang senyum sambil geleng kepala sikit. senyum2..abang tak tahu ke..senyuman die tu comel.. ikut tgn gatal ni..nk je aku cubit2 pipi abang tapi aku kan waras lagi..jadi xcubitla. kang aku yang kna cubit lak. 
            abang singgah kejap je..jadi itula sedikit citer aku dengan abang.. mama xsempat jumpa abang sebab abang terkejar2 nk g tmpt keje die dah. so..kalau ade mase t abang akn datang lagi..
             abang ni macam seorang Putera Raja yang sedang menunggang kuda putih menuju ke arah aku sang Puteri Cinta Hatinya. hahahaha..moga hubungan kami ni berkekalan selamanya.. amiin.. (^_^)

Selasa, 24 September 2013

Riiinduu

hari ni nak cerita pasal kenapa aku rindu. huhuhu.. 
        Abang call pagi tadi dalam pukul 01:07 pagi. Aku lambat angkat. nasib baik abang usaha call dua tiga kali. dapat jugakla aku cakap dengan abang walau sekejap. abang nak pergi ke laut hari ni. ade kerja kat sana. hmm..aku cume harap abang selamat pergi n pulang je.

          ABANG..dia insan yang istimewa dalam hidup aku slps mama n abah serta family aku. dia hadir ketika aku ditinggalkan seseorang tanpa sebab yang aku sendiri pun tak faham. aku benar2 bersyukur bila dia hadir disisi aku untuk mencintai aku, mempercayai aku, menyayangi aku, merindui aku serta mengasihi aku sebanyak yang dia bisa. kerna aku jugak begitu CAHAYA. walau kami jauh terpisah kerana berlainan negeri..ia takkan menghalang kami dari untuk saling mencintai. lagian, cinta ini direstui oleh orang tua kami. aku amat2 berharap cinta ini secepat mungkin menjadi halal diantara kami. 

       ABANG..die manja jugak tau. plus dengan pemalu tapi katanya dia garang tau. dan aku pernah dimarahinya sebab aku naik motor tanpa pakai helmet. salah aku jugak kan. so aku terima seadanya. huhuhu..abang jugak lebih suka kami berterus terang tentang apa2 saja tanpa rahsiakn sesuatu. aku fikir ada benarnya. jadi jika ada yang tak puas hati atau apa2..masing2 akan bagitahu. 

        ABANG..dialah yang selalu memujuk aku jika aku menangis rindukan arwah abah. kami sama2 dah kehilangan abah. jadi dia amat memahami aku tentang itu. dia akan menghiburkan hati aku agar tidak sedih lagi. itulah abang. (^_^)

         ABANG..aku suka senyuman abang. aku suka dengar abang ketawa sambil memujuk aku selepas mengusik aku. abang selalu mengusik aku untuk lihat betapa aku sayangkan dia atau tidak. abang..abang.. U ARE THE ONE I LOVE NOW AND FOREVER.. amiin. insyaAllah.

         ABANG..dia ada tanggungjawab yang berat yang harus dia pikul. segala masalah dia dan aku kami kongsi bersama. saling bertukar pendapat dan cadangan. abang suka bercakap tentang bisnes. abang akan jadi tak terkawal berbicara tau. macam2 idea  dan strategi yang keluar. 

          Jadi aku mohon Ya ALLAH, satukanlah kami dalam ikatan yang suci dengan redho dan rahmatMu. amiin..ya Rabbal 'alamiin..

Selasa, 27 Ogos 2013

MAMA

CAHAYA,
          baru2 ni ade org tawarkan 1 perniagaan pd mama.. n mama nak aku uruskan. aku ok je..tp takut bende sama akan berulang lagi.. kerana PERNIAGAAN, NYAWA MAMA HAMPIR MELAYANG.. aku xsanggup kehilangan lagi.. cukup hanya seorang. ABAH.. sampai sekarang,aku masih sedih sbb aku xpernah ckp dekat abah yang aku sygkn dia. aku harap dia tahu yg anaknya ni sygkn dia. 
          kalau nak berjaya, kita mesti berani. jadi, aku akn tolong mama mana yang aku mampu. 
keluarga aku ni xkaya pun..tapi cari duit untuk bg semua ank2 berjaya.. itu kata mama. 
          MAMA, selalu simpan sesuatu yang akan membuatkn ank2nya sedih. selalu tanggung semua masalah sendiri. kadang2 menangis sendiri. aku terkadang menyaksikan semua itu. ingin aku sapu air mata itu dari mengalir. tapi aku xmampu. hanya mampu melihat dari jauh... MAMA, izinkan aku selami hati mu.. berbagilah rasa agar kau tak menderita sendirian... luv u mom..

diam..

       yuhuuu...assalamu'alaikum CAHAYA.. dah lama kita xchat2 kan.. nk citer psl kwn2 perempuan pon.. aku xramai kwn. aku lebih suke diamkn diri dari berhubung dgn teman2. aku pon xthu knp aku cmtu. mungkin sukar untk aku percayakn org. biasala manusia..bila dikhianati, kita jadi serik n takut nk percaya pd org lain. mood hari ni xberape nk ade. so.. cincai2 je la ye.. 
        kebanyakan perangai kwn2 perempuan aku.. depan je baik. semuanya baik2 je.. tapi bila dibelakang kutuk, ngumpat, ngata.. sumer ade. knp xkate depan2 je?.. xsusah pon. aku leh terima..tapi bile dgr org kate blkg..aku jadi sakit hati..sbb ape yg mrk kate tu xbetul. salah 100%. pape pon..aku harap mrk xbuat perangai macam itu dah. cukup2 la korang sakiti org. kalau kena kat korang, pandai lak mengamuk.. senang citer sekarang ni..aku dah xcontact dgn mrk dah..walau mereka ade gak sms or call aku..cume aku lebih suka diamkan diri.. bagus lg begitu dari aku pura2 baik dgn mereka.. so.. ikut suke korangla nk kate pe pon.. bye2..

Selasa, 5 Februari 2013

rahsia solat


Assalamua'laikum...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang
Masyar.

9 - Tahiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
mungkar & nangkir di dalam kubur.

10 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

11 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

12 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

Dari Abdullah bin 'Amr R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.."

p/s: wallahualam...

hadith

Daripada hakim bin hizam r.a bahawasanya nabi s.a.w bersabda,
" tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta) dan mulailah pemberian itu kepada orang yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah yang lebih daripada keperluan. Siapa yang tidak meminta nescaya allah akan memberikan rasa cukup kepadanya dan sesiapa yang mengagihkan kekayaan nescaya allah akan memberi kekayaan kepadanya".

(Bukhori dan muslim)

Pengajaran;
-taraf orang yang memberi itu lebih mulia daripada orang yang meminta.

-peringatan kepada kita bahawa sebelum seseorang itu bersedekah kepada orang lain kepada ahli keluarga hendaklah diutamakan terlebih dahulu.

-apabila seseorang hendak memberi sedekah kepada orang lain maka hendaklah dipastikan bahawa yang diberikan itu melebihi keperluan sendiri.

-allah telah menjanjikan kepada setiap umatnya bahawa setiap yang tidak suka meminta-minta dan merasa cukup dengan rezeki yang ada nescaya allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk mendapatkan rezeki yang lain.

pemberian...

Daripada hakim bin hizam r.a bahawasanya nabi s.a.w bersabda,
" tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta) dan mulailah pemberian itu kepada orang yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah yang lebih daripada keperluan. Siapa yang tidak meminta nescaya allah akan memberikan rasa cukup kepadanya dan sesiapa yang mengagihkan kekayaan nescaya allah akan memberi kekayaan kepadanya".

(Bukhori dan muslim)

Pengajaran;
-taraf orang yang memberi itu lebih mulia daripada orang yang meminta.

-peringatan kepada kita bahawa sebelum seseorang itu bersedekah kepada orang lain kepada ahli keluarga hendaklah diutamakan terlebih dahulu.

-apabila seseorang hendak memberi sedekah kepada orang lain maka hendaklah dipastikan bahawa yang diberikan itu melebihi keperluan sendiri.

-allah telah menjanjikan kepada setiap umatnya bahawa setiap yang tidak suka meminta-minta dan merasa cukup dengan rezeki yang ada nescaya allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk mendapatkan rezeki yang lain.