Selasa, 24 September 2013

Riiinduu

hari ni nak cerita pasal kenapa aku rindu. huhuhu.. 
        Abang call pagi tadi dalam pukul 01:07 pagi. Aku lambat angkat. nasib baik abang usaha call dua tiga kali. dapat jugakla aku cakap dengan abang walau sekejap. abang nak pergi ke laut hari ni. ade kerja kat sana. hmm..aku cume harap abang selamat pergi n pulang je.

          ABANG..dia insan yang istimewa dalam hidup aku slps mama n abah serta family aku. dia hadir ketika aku ditinggalkan seseorang tanpa sebab yang aku sendiri pun tak faham. aku benar2 bersyukur bila dia hadir disisi aku untuk mencintai aku, mempercayai aku, menyayangi aku, merindui aku serta mengasihi aku sebanyak yang dia bisa. kerna aku jugak begitu CAHAYA. walau kami jauh terpisah kerana berlainan negeri..ia takkan menghalang kami dari untuk saling mencintai. lagian, cinta ini direstui oleh orang tua kami. aku amat2 berharap cinta ini secepat mungkin menjadi halal diantara kami. 

       ABANG..die manja jugak tau. plus dengan pemalu tapi katanya dia garang tau. dan aku pernah dimarahinya sebab aku naik motor tanpa pakai helmet. salah aku jugak kan. so aku terima seadanya. huhuhu..abang jugak lebih suka kami berterus terang tentang apa2 saja tanpa rahsiakn sesuatu. aku fikir ada benarnya. jadi jika ada yang tak puas hati atau apa2..masing2 akan bagitahu. 

        ABANG..dialah yang selalu memujuk aku jika aku menangis rindukan arwah abah. kami sama2 dah kehilangan abah. jadi dia amat memahami aku tentang itu. dia akan menghiburkan hati aku agar tidak sedih lagi. itulah abang. (^_^)

         ABANG..aku suka senyuman abang. aku suka dengar abang ketawa sambil memujuk aku selepas mengusik aku. abang selalu mengusik aku untuk lihat betapa aku sayangkan dia atau tidak. abang..abang.. U ARE THE ONE I LOVE NOW AND FOREVER.. amiin. insyaAllah.

         ABANG..dia ada tanggungjawab yang berat yang harus dia pikul. segala masalah dia dan aku kami kongsi bersama. saling bertukar pendapat dan cadangan. abang suka bercakap tentang bisnes. abang akan jadi tak terkawal berbicara tau. macam2 idea  dan strategi yang keluar. 

          Jadi aku mohon Ya ALLAH, satukanlah kami dalam ikatan yang suci dengan redho dan rahmatMu. amiin..ya Rabbal 'alamiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan