Rabu, 25 September 2013

Terpana pada pandangan pertama

      hai CAHAYA.. hari ni aku nak bagitahu..ptg semalam abang datang tau. terkejut gileer sampai nak berdiri pun kaki terketaq2.. bukan sebab takut tapi gemuruhnye pasal.. senyum pon dah mcam nak kena hukuman je. abang siap tanye lagi.."kenapa senyum cam tu? ada salah kat mane2 ke?".. aku geleng kepala laju je.. abang tak tahu ke aku ni memang cepat gabra bile berdepan dgn dia camni.. hailaaa jantung oii,...jgnla berdegup kuat sangat. nanti abang dengar malula aku.
       macam mana abang boleh nak datang?.. aku pun tak tahu. abang siap menyamar jadi pelanggan lagi. aku mase tu tgh khusyuk tgk youtube pasal MAT YO dgn bininye tu.. tgh sedap2 taip, tetibe dengar suara tanya pasal jaket. aku kan malas nak layan kalau org lelaki. tapi kali ni bila aku jawab je..jantung aku dok degup kencang.. dlm hati dok kate la.."apahal ko ni jantung?..slalu kalu degup cam ni ade bende nk jadi.. baik ke buruk?.." aku tgk org tu..tetibe muke aku mak aaiiihhh...panas je rasenye.. trus aku amik laptop jadi alas hadang muke. malunye pasal. abang siap senyum2 buat tak kenal. abang tanye " kenal ke?".. aku geleng je padahal malu nye tak tau nak habaq mai..tapi mata ni dok curi2 tgk muka abang.. sape nak caye tu abang..pagi2 call kate turun laut 2 hari. alih2 ptg ade kat depan aku. mmg tak caye arr.. last2 abang kenalkan diri die. aku memang keje senyum je la. nk ckp tergagap2..dah mcm si aziz gagap dlm citer OVJ INDONESIA je. 
         abang dah tembam cikit. patutla mama die tegur..tapi xpe... aku tetap syg kat die sorg je. aku masih xdpt ckp dgn die lagi..maybe hari ni die nk rehat. yelah...mesti penat kejar ke tmpt keje die tu.. jauh tau.. aku pesan suruh bawak hati2 je lah.. ade ke die gtahu mlm tadi ter excident dgn kete polis.. nk mrh tapi bile tgk muke abang yang betul2 penat tu .. aku senyum pakse je la.. aku kata "knp xhati2 bang?..ade cedera kat mana2 x".. abang senyum sambil geleng kepala sikit. senyum2..abang tak tahu ke..senyuman die tu comel.. ikut tgn gatal ni..nk je aku cubit2 pipi abang tapi aku kan waras lagi..jadi xcubitla. kang aku yang kna cubit lak. 
            abang singgah kejap je..jadi itula sedikit citer aku dengan abang.. mama xsempat jumpa abang sebab abang terkejar2 nk g tmpt keje die dah. so..kalau ade mase t abang akn datang lagi..
             abang ni macam seorang Putera Raja yang sedang menunggang kuda putih menuju ke arah aku sang Puteri Cinta Hatinya. hahahaha..moga hubungan kami ni berkekalan selamanya.. amiin.. (^_^)

Selasa, 24 September 2013

Riiinduu

hari ni nak cerita pasal kenapa aku rindu. huhuhu.. 
        Abang call pagi tadi dalam pukul 01:07 pagi. Aku lambat angkat. nasib baik abang usaha call dua tiga kali. dapat jugakla aku cakap dengan abang walau sekejap. abang nak pergi ke laut hari ni. ade kerja kat sana. hmm..aku cume harap abang selamat pergi n pulang je.

          ABANG..dia insan yang istimewa dalam hidup aku slps mama n abah serta family aku. dia hadir ketika aku ditinggalkan seseorang tanpa sebab yang aku sendiri pun tak faham. aku benar2 bersyukur bila dia hadir disisi aku untuk mencintai aku, mempercayai aku, menyayangi aku, merindui aku serta mengasihi aku sebanyak yang dia bisa. kerna aku jugak begitu CAHAYA. walau kami jauh terpisah kerana berlainan negeri..ia takkan menghalang kami dari untuk saling mencintai. lagian, cinta ini direstui oleh orang tua kami. aku amat2 berharap cinta ini secepat mungkin menjadi halal diantara kami. 

       ABANG..die manja jugak tau. plus dengan pemalu tapi katanya dia garang tau. dan aku pernah dimarahinya sebab aku naik motor tanpa pakai helmet. salah aku jugak kan. so aku terima seadanya. huhuhu..abang jugak lebih suka kami berterus terang tentang apa2 saja tanpa rahsiakn sesuatu. aku fikir ada benarnya. jadi jika ada yang tak puas hati atau apa2..masing2 akan bagitahu. 

        ABANG..dialah yang selalu memujuk aku jika aku menangis rindukan arwah abah. kami sama2 dah kehilangan abah. jadi dia amat memahami aku tentang itu. dia akan menghiburkan hati aku agar tidak sedih lagi. itulah abang. (^_^)

         ABANG..aku suka senyuman abang. aku suka dengar abang ketawa sambil memujuk aku selepas mengusik aku. abang selalu mengusik aku untuk lihat betapa aku sayangkan dia atau tidak. abang..abang.. U ARE THE ONE I LOVE NOW AND FOREVER.. amiin. insyaAllah.

         ABANG..dia ada tanggungjawab yang berat yang harus dia pikul. segala masalah dia dan aku kami kongsi bersama. saling bertukar pendapat dan cadangan. abang suka bercakap tentang bisnes. abang akan jadi tak terkawal berbicara tau. macam2 idea  dan strategi yang keluar. 

          Jadi aku mohon Ya ALLAH, satukanlah kami dalam ikatan yang suci dengan redho dan rahmatMu. amiin..ya Rabbal 'alamiin..

Selasa, 27 Ogos 2013

MAMA

CAHAYA,
          baru2 ni ade org tawarkan 1 perniagaan pd mama.. n mama nak aku uruskan. aku ok je..tp takut bende sama akan berulang lagi.. kerana PERNIAGAAN, NYAWA MAMA HAMPIR MELAYANG.. aku xsanggup kehilangan lagi.. cukup hanya seorang. ABAH.. sampai sekarang,aku masih sedih sbb aku xpernah ckp dekat abah yang aku sygkn dia. aku harap dia tahu yg anaknya ni sygkn dia. 
          kalau nak berjaya, kita mesti berani. jadi, aku akn tolong mama mana yang aku mampu. 
keluarga aku ni xkaya pun..tapi cari duit untuk bg semua ank2 berjaya.. itu kata mama. 
          MAMA, selalu simpan sesuatu yang akan membuatkn ank2nya sedih. selalu tanggung semua masalah sendiri. kadang2 menangis sendiri. aku terkadang menyaksikan semua itu. ingin aku sapu air mata itu dari mengalir. tapi aku xmampu. hanya mampu melihat dari jauh... MAMA, izinkan aku selami hati mu.. berbagilah rasa agar kau tak menderita sendirian... luv u mom..

diam..

       yuhuuu...assalamu'alaikum CAHAYA.. dah lama kita xchat2 kan.. nk citer psl kwn2 perempuan pon.. aku xramai kwn. aku lebih suke diamkn diri dari berhubung dgn teman2. aku pon xthu knp aku cmtu. mungkin sukar untk aku percayakn org. biasala manusia..bila dikhianati, kita jadi serik n takut nk percaya pd org lain. mood hari ni xberape nk ade. so.. cincai2 je la ye.. 
        kebanyakan perangai kwn2 perempuan aku.. depan je baik. semuanya baik2 je.. tapi bila dibelakang kutuk, ngumpat, ngata.. sumer ade. knp xkate depan2 je?.. xsusah pon. aku leh terima..tapi bile dgr org kate blkg..aku jadi sakit hati..sbb ape yg mrk kate tu xbetul. salah 100%. pape pon..aku harap mrk xbuat perangai macam itu dah. cukup2 la korang sakiti org. kalau kena kat korang, pandai lak mengamuk.. senang citer sekarang ni..aku dah xcontact dgn mrk dah..walau mereka ade gak sms or call aku..cume aku lebih suka diamkan diri.. bagus lg begitu dari aku pura2 baik dgn mereka.. so.. ikut suke korangla nk kate pe pon.. bye2..

Selasa, 5 Februari 2013

rahsia solat


Assalamua'laikum...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang
Masyar.

9 - Tahiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
mungkar & nangkir di dalam kubur.

10 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

11 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

12 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

Dari Abdullah bin 'Amr R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.."

p/s: wallahualam...

hadith

Daripada hakim bin hizam r.a bahawasanya nabi s.a.w bersabda,
" tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta) dan mulailah pemberian itu kepada orang yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah yang lebih daripada keperluan. Siapa yang tidak meminta nescaya allah akan memberikan rasa cukup kepadanya dan sesiapa yang mengagihkan kekayaan nescaya allah akan memberi kekayaan kepadanya".

(Bukhori dan muslim)

Pengajaran;
-taraf orang yang memberi itu lebih mulia daripada orang yang meminta.

-peringatan kepada kita bahawa sebelum seseorang itu bersedekah kepada orang lain kepada ahli keluarga hendaklah diutamakan terlebih dahulu.

-apabila seseorang hendak memberi sedekah kepada orang lain maka hendaklah dipastikan bahawa yang diberikan itu melebihi keperluan sendiri.

-allah telah menjanjikan kepada setiap umatnya bahawa setiap yang tidak suka meminta-minta dan merasa cukup dengan rezeki yang ada nescaya allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk mendapatkan rezeki yang lain.

pemberian...

Daripada hakim bin hizam r.a bahawasanya nabi s.a.w bersabda,
" tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta) dan mulailah pemberian itu kepada orang yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah yang lebih daripada keperluan. Siapa yang tidak meminta nescaya allah akan memberikan rasa cukup kepadanya dan sesiapa yang mengagihkan kekayaan nescaya allah akan memberi kekayaan kepadanya".

(Bukhori dan muslim)

Pengajaran;
-taraf orang yang memberi itu lebih mulia daripada orang yang meminta.

-peringatan kepada kita bahawa sebelum seseorang itu bersedekah kepada orang lain kepada ahli keluarga hendaklah diutamakan terlebih dahulu.

-apabila seseorang hendak memberi sedekah kepada orang lain maka hendaklah dipastikan bahawa yang diberikan itu melebihi keperluan sendiri.

-allah telah menjanjikan kepada setiap umatnya bahawa setiap yang tidak suka meminta-minta dan merasa cukup dengan rezeki yang ada nescaya allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk mendapatkan rezeki yang lain.

(^_^)

SINGLE ??????
~JANGAN SEDIH kerana Allah akan memberi yang terbaik nanti.

COUPLE???
~JANGAN TERLALU SERONOK kerana di waktu inilah saham dosa meningkat.

TUNANG???
~JANGAN TERLALU LAMA kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah.

BERNIKAH????
~JANGAN TERLALU LEKA kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak
 

The Boy

yuhhuuuu...bertemu lagi kite CAHAYA.. hari ni aku tetibe teringat along n the gang lak.. 
            along ni bukan along aku pun..just sebab die tua dari aku, aku call je die along. nak panggil abang, geli lak mulut dengan telinga aku ni.. so aku amik jalan mudah, aku panggil along.. along ni orangnye not bad ar.. same tinggi dengan aku or pendek sikit je.huhuhu,,...jangan marah erk along.. orang tetibe teringat kat along n the gang. pakai spek mata.. cool erk?.. huhuhu.. diela insan yang jage aku mase aku study di indonesia tahun lepas.. risau tol kalau aku tak makan. hehehe..sayang na kat aku ni.. hahahaha..  risau takut aku tak de duit nak makan.. lagi satu..perangai along cam orang pompuan tau.. dapat membebel tak ingat pe dah.. aku kan dah biasa dengar leteran..jadi tak de masalah nak dengar..kadang2 along minta maaf gak. aku kate ar..xpela along..orang dah biase dah.. pastu same2 gelak.. 

          Akmal..budak pandai ar.. die lak pangkat adik je dengan aku. jarak 2 tahun kot... tapi selalu sangat berlagak berlakon nak jadi bf aku. kdg2 siap pasang angan2 nak aku jadi bini die lagi tu..(berangan) hahahah... kelakar pon ade.. marah na kalau aku cakap die tu adik aku.. perangai die ni mood berubah2 kalah aku tau.. kalau die moody..dengan sape2 pon die xmau cakap. protes semua orang yang de kaitan lak tu.. tapi die baik arr.. mama aku datang mase aku konvo hari tu dia layan baik je.. siap panggil mummy lagi. konon2 nak lamar aku la tu.. sawan tol kalau aku layan pe'el die ni. dengan adik2 aku pon die layan cam adik die..itu sebab die memang sukakan budak2.. along dengan mal memang tak kedekut bab2 duit ke..makan ke.. bagi mrk..rezeki yang ade patut dikongsi2. ade bagi. xde xbgla.. sempoi jekan...
      ezry..hahaha..budak ni tinggi na dari aku. kiteorang pernah nak bertampar bertumbuk satu hari tu sebab salah faham. hahaha..ganas erk aku.. aku memang macam tu..kalau aku xsalah,jgn harap ar aku nk mengalah. die ni aku xbnyk bergaul sngt sbb die suke menghabiskan mase depan laptop die atau depan psp die je.. GAME! GAME! GAME! itu je la dunia die.. tapi mase kiteorg kuar ramai2 hari tu..mase mule2 xkenal jalan2 kat indonesia tu.. die jage kiteorg.. kejap2 ke depan. kejap2 ke belakang. takut na kiteorg hilang. mungkin sbb die dh janji dengan mama aku nk tengok2kn aku.. huhuhuuhu..tq ezry.
     muaz..aku tak bnyk sngt spend mase dgn die.. huhuhu.. die pon slalu lepak dlm bilik je.. ngadap kitab..n laptop.. huhuhu.. kdg2 ade gak belanja aku mkn2.. (^_^).. pastu ade gak citer kat aku sape gadis impian die. siap jumpe mak ayah dah. aku sokong je la kan.. org nk bina masjid tu.. harap xlupe kat aku mse nk jemput g kenduri t.. n yang paling aku tak tahan nak gelak..exgf die tu kawan sebilik aku. patutla bile si muaz ni mesej aku, die jeling2 aku. rupenye exbf die. (macam ne die tahu muaz mesej aku? dah org tanye, aku jawab je la..hahaha). 
       mm..camner aku leh masak sngt dgn pe'el diorg sumer ni?.. hehehehe...(gelak jahat) mereka dok sebelah je dgn bilik aku.. huhuhuhu.. jgn fikir kotor erk.. kiteorg dok asrama.. terpaksela dok sekali sebab itu je peruntukan yang kami dapat. bilk air asing2 ar. xdenye nk campur. mlm2 tgk tv same2.. kalau bola..bising ar kiteorg.. bersepah atas meja dgn makanan ringan.. huhuhuu..aku pon dah terikut sekali wat perangai cam tu.. tapi mase kat situ je la.. kalau kat rumah sopan je.. hahahaha.. ni baru secebis kenangan je dengan boy.. nanti aku story pasal girl pulak ye CAHAYA... tata.. (^_^)

Isnin, 4 Februari 2013

celaru

ehem2..malas nak tempel2 tepi blog ni..semak2.. biar aku dan hanya aku je. janji simple. tahun baru..bulan feb ni bru le ade sikit mse nk coret tah pape kat sini.. jgnla marah blog.. kau je tempat aku pung pang sorang2.. kau tahukan..tahun lepas bz je memanjang..manela dan aku nk coret kat kau.. so jgn terasa k. skrg i'm back.. jadi..kalau kau nak tahu, aku tengah menaip 1 story tapi ideanya agak bercelaru sikit sbb aku pon tgh celaru. otak aku puing2..kau pon ikut sekali..tu yang susah aku nk dapatkn story yang betul2 ngaum.. aku nak story tu yang tangkap sampai ke ulu hati tu.. mksudnye..pembaca leh rse feelll citer tu la.. kau ni pon.. mmm..takat ni je dulu kot.. t pape aku gtau kau len erk.. bye2 blog.. just u n me..