Buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..♥~
Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma
merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x
tersalah pilih..hmm..
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..
1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari
ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah
telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah
semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu
lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita
kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya
semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa
atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin
menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur
buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya
semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak
redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus
menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus
meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya
andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam
sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada
bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah
dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat
suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn
dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala
berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah
seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila
bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang
menyeksakan..
~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti
mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg
mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali
hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang
lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm
hatinya..??siapa yang tahu.. sekadar renungan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan