Wanita
idaman lelaki ialah,yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,yang
jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,yang sentiasa dahaga dengan
ilmu,yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,yang
tidak pernah takut untuk berkata benar,yang tidak pernah gentar melawan
nafsu, Wanita idaman lelaki ialah,yang menjaga tutur katanya,yang tidak
bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,yang sentiasa
berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,yang mempunyai ramai
teman,dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan, Wanita idaman lelaki
ialah,wanita yang menghormati ibunya,yang sentiasa berbakti kepada kedua
orang tuanya dan keluarga,yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,yang
sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,yang mengamalkan
hidup penuh sederhana,kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju
akhirat, Wanita idaman lelaki ialah,yang sentiasa bersedia untuk
menjadi insan yang hakiki, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
sunnah nabi,yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,yang menjaga
matanya dari pandangan duniawi, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat Ya Rabbi, Wanita idaman lelaki ialah,yang tidak pernah
membazirkan waktu,matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,suaranya
lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,tidurnya lena
dengan cahaya keimanan, bangunnya Subuh penuh penghayatan,kerana sehari
lagi usianya bertambah penuh keinsafan, Wanita idaman lelaki ialah,yang
sentiasa mengingati mati,yang baginya hidup di dunia adalah ladang
akhirat,yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,agar
berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna, meneruskan
perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat, Wanita idaman lelaki
ialah,yang tidak terpesona dengan buaian dunia,kerana dia mengimpikan
syurga,di situlah mahligai impiannya,dialah WANITA IDAMAN LELAKI
seadanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan